10 Tempat Makan yang Menarik Untuk Dikunjungi di Jitra
Jitra merupakan tempat nun jauh di sana di Utara. Mungkin tempat makan di sini tidak semeriah di Kuala Lumpur atau tempat lain, walau bagaimanapun di sini kami kongsi tempat yang mungkin akan membuat anda terliur. Ianya juga boleh dijadikan panduan jika anda datang ke Jitra.
#1 Restoran Tok Keramat
Jika anda mencari nasi yang berlauk, restoran ini adalah jawapannya. Buffetnya dikatakan sedap. Mempunyai pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih untuk santapan tengah ahri anda. Harganya pula dikatakan murah dan sangat berpatutan.
Menu pilihan di sini adalah gulai ataupun kari batang pisangnya. Jangan keliru ya, di Utara biasanya gulai itu merujuk kepada kari.Berbeza sedikit dengan pemahaman dengan orang yang berada di Negeri Sembilan.
Restoran Tok Keramat ini berkonsepkan open air. Memang seronok makan di sini menurut orang ramai.
#2 Restoran Hamidah Bunga Melur
Restoran Hamidah Bunga Melur ini pula terkenal dengan masakan Thainya. Ianya terletak di Pekan Jitra 3, Jitra, Kedah, Malaysia. Masakan Thainya menjadi bualan ramai di Jitra ini untuk mereka yang pernah mencuba.
Sudah tentu apabila sebut masakan Thai, ianya dikaitkan dengan menu gorengan. Jadi, apa lagi. Jom terjah!
#3 Sabai Dee Café
Ini sebuah tempat makan masakan Thai yang boleh dikunjung selain Restoran Hamidah Bunga Melur. Restoran yang dimaksudkan adalah Sabai Dee Café. Tempat makan yang sesuai untuk dikonjung bersama keluarga atau sahabat handai.
Mula operasi waktu petang sehingga malam. Suasana makan restoran ini sangat menarik.Tempat makan ini juga dipuji disebabkan servisnya yang baik.
#4 Char Kuey Teow Aladdin
Seterusnya pula, mari kita ke Char Kuey Teow Aladdin untuk merasai keenakkan makanan di sini. Berdasarkan nama kedai sudah tentu anda boleh bayangkan apa yang patut dicuba di sini.
#5 Rosli Bihun Sup
Untuk anda yang ingin mencari bihun sup yang sedap, Rosli Bihun Sup adalah patut anda cuba. Tempat makan ini dikatakan tempat makan bihun sup yang sedap di Jitra. Betul atau tidak, inilah amsa untuk membuktikannya. Jangan lupa tinggalan komen jika ke sini.
Rosli Bihun Sup terletak di Jalan Sungai Korok, Jitra, Kedah 06000. Jadi, jangan lupa singgah terjah ok.
#6 Wadi Sinai Arabian Food
Wadi Sinai Arabian Food adalah kedai masakan ala timur yang boleh anda cuba ketika di Jitra. Dikatakan menu cadangan di sini yang patut dicuba adalah nasi arab, iaitu lambnya. Wadi Sinai Arabian Food ini merupakan tempat makan yang sesuai unutk seisi keluarga.
#7 Restoran Dusun Permai, Tanah Merah
Restoran Dusun Permai, Tanah Merah pula antara restoran yang berada dalam senari restoran terkenal di Jitra. Apabila datang ke sini, menu yang dicadangkan dan boleh cuba adalh ikan bakar dan masakan panas lain. Oh ya, satay juga ada di jual di sini.
Restoran Dusun Permai, Tanah Merah terletak di Darulaman Height (Jalan Tanah Merah), Jitra, Kedah, Malaysia.Ianya berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus darulaman.
#8 Nasi Lemak Bundle
Kalau sudah namanya orang Malaysia, sudah tentu nasi lemak tidak dapat dipisahkan. Nasi Lemak Bundle ini boleh anda cuba jika di Jitra. Nasi lemak ini mendapat pujian ramai dan patut anda cuba.
Nasi Lemak Bundle ini terletak berdekatan Jalan sungai Korok.
#9 Pak Lang Roti Canai
Begitu juga dengan roti canai. Makanan ini tidak dapat dipisahkan dengan rakyat Malaysia. Jadi, kami syorkan anda terjah Pak Lang Roti Canai untuk melepaskan kerinduan pada roti canai jika di Jitra. Kedai ini dikatakan menyajikan makanan roti canai terbaik di Jitra.
Ianya terletak di Taman Siswa, Jitra, Kedah, Malaysia. Pelabagi menu anda dapat pilih jika makan di sini, roti canai, roti sardin, roti telur, semuanya fuh! Kopi juga menarik untuk dicuba dan mendapat undian ramai.
#10 Nasi Lemak Royale
Sebut saja Nasi Lemak Royale ni, rasanya orang Alor Setar mesti akan tau punya. Kalau di musim perayaan atau cuti panjang, mesti ramai pengunjung yang akan beratur panjang. Kalau nak cepat, sesudah subuh kena datang beratur. Kalau tak, jenuh la menunggu. Anda boleh memilih lauk-pauk sendiri untuk dimakan bersama nasi lemak. Pelbagai aneka lauk yang dihidangkan termasuk ayam masak kicap, telur rebus, gulai ikan dan banyak lagi.
Kesimpulan
Tempat2 yang di share adalah antara yang famous di jitra anda boleh mencuba mungkin berbaloi untuk anda. Sebenarnya ada sahaja lagi beberapa, tetapi cukuplah setakat ini. Mungkin ada lagi tempat2 yang menarik yang tidak dikongsikan disini dan diharapkan berpuas hati dan mencuba bila berkunjung di jitra.
Comments
Post a Comment